Isnin, 3 Oktober 2011

Siapa nak beli taik kambing?

Ada sesiapa nak beli taik kambing untuk buat baja tanaman boleh hubungi saya. Saya jual murah je, nak kaut sendiri boleh nak saya tolong pun boleh tapi bawalah lori atau van. Kalau nak jimat kos pakailah wheel barrow @kereta tolaklah tu.

Taik kambing tak busuk macam taik ayam atau taik babi, baunya lebih kurang macam minyak wangi poison .. mengancam beb.. jangan lupa hubungi saya untuk taik kambing.... bye

Sabtu, 6 Ogos 2011

Ternakan kambing baka Katjang


Saya menternak kambing baka katjang, adalah dalam 60 ekor. mula menternak pada tahun 2006. buat kandang dan beli baka kambing anggaran Rm. 7000.00. mula-mula kandang atas tanah, tapi bila telah membiak buat kandang atas. seronok juga bela kambing ni walaupun agak letih. nak ternak kambing ? jangan bela 2-3 ekor buang masa saja!. keluar modal beli 2 ekor kambing jantan dan 10 ekor kambing betina lihat lah nanti insyaallah dalam masa 2 tahun  berapa banyak kambing anda?.


Kambing saya diternak secara bebas lepas tapi dikawal selia nanti masuk kebun orang. maklum sajalah sekarang semua orang nak tanam pokok getah baru ganti yang tua. dalam pukul 3 ptg mula kambing dilepaskan dan dalam pukul 6ptg kambing dihalau balik. perlu kesabaran dalam menternak kambing ni kerana karenahnya banyak nanti bila dah lama menternak anda akan faham, tak payah cerita.

kambing baka katjang ni pasarannya bagus sebabnya kebanyakannya diternak bebas dgn memakan rumput dan dedaun liar yang berbagai jenis.seekor kalau dijual harga bila cukup umor boleh akikah ia-itu 2 tahun anggaran 30kg x Rm.18 sekilo =Rm540.00 mampu beli!.

0rang-orang dikampung suka pada kambing baka katjang untuk disembelih buat lauk sebab dagingnya berkualiti. Masakan pun kurang berminyak sebab daging nya pejal dan kurang lemak berbeza dengan kambing yag dikurung dan dibagi makan palet ternakan. seeloknya bagi kambing yg dilepas bebas kurangkan bagi makan palet sebab harga palet mahal kos akan meningkat. bagi pada anak-anak kecil yang tidak mengikut ibu mencari makan saja. sekian dulu dan selamat berpuasa.