Ahad, 15 Jun 2014

BBQ kambing

Sabtu  14.6.2014 , anak buah saya telepon dari KL "pak long dah sembelih kambing ke belum, malam ni ada jamuan nak buat BBQ lah ! " kelam kabut saya dibuatnya mana nak cari tukang sembelih dan mereka yg boleh melapah dagingnya,saya bab sembeleh binatang besar-besar memang tak berani tapi kalau ayam tu bolehlah!. akhirnya semua selesai alhamdulillah...!
             Sesiapa yg nak buat BBQ atau kenduri dan memerlukan kambing sebagai salah satu menu bolehlah hubungi saya, inshaallah saya cuba tolong tapi satu syaratnya kena datang ambil sendiri dagingnya selepas disembelih dan dibersihkan.

              cara membuat pesanan

1. Nyatakan anggaran berat yg dikehendakki dan jantinanya,kalau untuk tujuan akikah dan nadzar kambing mestilah melebihi umur 2 tahun dan bagi bebiri melebihi 1 tahun.
2.kambing perlu ditimbang (sewaktu hidup) ,
3.harga bagi jantan rm.22 per kg dan betina rm.16 perkilo
4. upah sembelih rm. 10
5.upah melapah utk 2 org x rm 15= rm 30


Perhatian.
              Berat kambing akan susut 1/2 selepas dibersihkan.


HUBUNGI SAYA DITALIAN 013-3763285 ATAU 019-4485424


Jumaat, 6 Jun 2014

assalammualaikum, saya memohon ribuan ampun dan maaf kpd mereka yg menghubungi saya mengenai penjualan kambing yg di ternak, sebenarnya sejumlah 35 ekor kambing telahpun dijual  secara borong tetapi jika tuan-tuan perlukan juga kambing baka katjang saya boleh  saya carikan ,selalunya mereka menjual secara timbang jika beli seekor-seekor. Yg jantan  rm.22 sekilo dan yg betina rm.16 sekilo kalau beli secara borong tuan2 rundinglah sendiri. boleh hubungi saya  pd bila2 masa. tel.013-3763285.