Ahad, 7 April 2013

perihal kambing

lamajuga saya tidak meng up-to-date blog kambing abah ini, sebabnya kekadang tak ada mood,letih dengan kerenah kambing-kambing ni!. Bekerja dengan kambing ini banyak cabaran dan dugaan,perlukan banyak kesabaran dan yang paling utama adalah minat. tak ada minat jangan bela kambing nanti kambing hidup segan mati tak mahu.sekarang ini keadaan cuaca tidak menentu juga serangan bermacam-macam penyakit sehingga jabatan verterinar pun pening kepala nak mencari ubatnya.saya rasa ubatnya yang paling mujarab ialah kebersihan kandang dan persekitarannya. Bidalan "macam kandang kambing" perlu ditukar kepada "macam hotel kambing"

Kursus ternak kambing

betul ke nak ternak kambing kena kursus?, pada hemat saya kursus tu tak perlu sangat. sebab saya kata bagitu ia-lah berapa banyak mereka yang berkursus telah menternak kambing. Kursus tu untuk dapat sijil saja , kalau buat projek dan nak buat pinjam bank nanti mereka akan tanya "ada pergi kursus tak".berternak lah secara kecil kecilan dahulu,apabila telah sesuai dan serasi bolehlah ditambah secara beransur-ansur.kekadang tak payah tambah pun sebabnya ia akan membiak dengan cepat. bidang penternakkan ini penuh dengan cabaran, ia menuntut kesabaran ,tekun dan tidak mudah jemu dan putus asa.bermacam masalah yg dihadapi seperti sakit , mati, hilang dan sebagainya. Begitu juga dengan bidang kerja yg sama setiap hari membuat kita cepat rasa jemu. hanya mereka bersemangat cekal saja boleh berjaya mengharunginya ,inshallah..

kambing betina untuk dijual

ada banyak kambing betina untuk dijual (baka katjang) untuk dijadikan induk.anggaran berat 20 kg keatas dgn harga antara Rm. 400 seekor.sesipa yg berminat sila hubungi saya di talian 013-3763285 dengan segera