Rabu, 31 Disember 2014

Tahun baru 2015 masihi

selamat tahun baru 2015 masihi, tahun baru kita orang islam dah berlalu awal muharam 1436 H. semuga segala kesilapan dan kelemahan kita perbetulkan dan berazam untuk mencapai yg lebih baik.....inshaallah !
   Rasanya.dlm bidang penternakan kambing ni pasti mencabar dengan pelbagai dugaan sememtelahan pula usia sudah mencapai 60 pulohan  dgn kekuatan tenaga yg semakin berkurangan. kambing -kambing nampaknya tiada masalah , yg beranak kecil pun makin bertambah.Tahun 2015 ni pun nampaknya tiada yg dapat untuk dijual kerana masih belum cukup umur. Ada cadangan untuk mengurangkan bilangannya, sekarang tak banyak lagi anggaran 50 ekor......tengoklah!

Ahad, 15 Jun 2014

BBQ kambing

Sabtu  14.6.2014 , anak buah saya telepon dari KL "pak long dah sembelih kambing ke belum, malam ni ada jamuan nak buat BBQ lah ! " kelam kabut saya dibuatnya mana nak cari tukang sembelih dan mereka yg boleh melapah dagingnya,saya bab sembeleh binatang besar-besar memang tak berani tapi kalau ayam tu bolehlah!. akhirnya semua selesai alhamdulillah...!
             Sesiapa yg nak buat BBQ atau kenduri dan memerlukan kambing sebagai salah satu menu bolehlah hubungi saya, inshaallah saya cuba tolong tapi satu syaratnya kena datang ambil sendiri dagingnya selepas disembelih dan dibersihkan.

              cara membuat pesanan

1. Nyatakan anggaran berat yg dikehendakki dan jantinanya,kalau untuk tujuan akikah dan nadzar kambing mestilah melebihi umur 2 tahun dan bagi bebiri melebihi 1 tahun.
2.kambing perlu ditimbang (sewaktu hidup) ,
3.harga bagi jantan rm.22 per kg dan betina rm.16 perkilo
4. upah sembelih rm. 10
5.upah melapah utk 2 org x rm 15= rm 30


Perhatian.
              Berat kambing akan susut 1/2 selepas dibersihkan.


HUBUNGI SAYA DITALIAN 013-3763285 ATAU 019-4485424


Jumaat, 6 Jun 2014

assalammualaikum, saya memohon ribuan ampun dan maaf kpd mereka yg menghubungi saya mengenai penjualan kambing yg di ternak, sebenarnya sejumlah 35 ekor kambing telahpun dijual  secara borong tetapi jika tuan-tuan perlukan juga kambing baka katjang saya boleh  saya carikan ,selalunya mereka menjual secara timbang jika beli seekor-seekor. Yg jantan  rm.22 sekilo dan yg betina rm.16 sekilo kalau beli secara borong tuan2 rundinglah sendiri. boleh hubungi saya  pd bila2 masa. tel.013-3763285.

Isnin, 7 April 2014

Kambing dan kehilangan MH 370

Kemana agaknya pesawat MH 370? hari ni genap sebulan kehilangannya,pening kepala juga memikirkan apa yg telah terjadi dan mengapa boleh terjadi demikian.walau bagaimana pun kita sama berdoa kehadhrat ilahi semuga di permudahkan dlm usha pencarian pesawat MH 370 tersebut. Berbalik pada kisah kambing peliharaan,sejak akhir-akhir ini bermacam masalah perlu dihadapi terutama kawasan ragutan yg agak terhad disebabakan kebanyakkan tempat ragutan ia-itu kebun-kebun getah tua telah ditebang dan di tanam semula dengan anak-anak getah baru. Kambing katjang ni memang lasak ,pantang ada lubang loloslah dia.Untuk makluman saya menternak menggunakan sistem lepas bebas tapi di pantau pergerakan nya. kambing ternakan saya dilepaskan pd. jam 2.00 ptg untuk makan di kawasan berpagar sementara menunggu untuk di lepaskan meragut bebas  dari jam 4.30 (lepas waktu asar) sehingga jam 7.00 ptg. Inilah routin harian saya tanpa jemu dan bosan. Dlm waktu tersebut sesiapa yg nak jumpa saya sila telepon kemungkinan saya berada didalam belukar mengembala kambing!. Bila banyak sangat pun bilangannya pun jadi masalah juga jadi pada 13 apr 2013 saya telah menjual sebanyak 35 ekor secara borong. Nampak sekarang dah nak bertambah semula sebab banyak kambing betina dah melahirkan anak kembar....alhamdulililah.

Ahad, 7 April 2013

perihal kambing

lamajuga saya tidak meng up-to-date blog kambing abah ini, sebabnya kekadang tak ada mood,letih dengan kerenah kambing-kambing ni!. Bekerja dengan kambing ini banyak cabaran dan dugaan,perlukan banyak kesabaran dan yang paling utama adalah minat. tak ada minat jangan bela kambing nanti kambing hidup segan mati tak mahu.sekarang ini keadaan cuaca tidak menentu juga serangan bermacam-macam penyakit sehingga jabatan verterinar pun pening kepala nak mencari ubatnya.saya rasa ubatnya yang paling mujarab ialah kebersihan kandang dan persekitarannya. Bidalan "macam kandang kambing" perlu ditukar kepada "macam hotel kambing"

Kursus ternak kambing

betul ke nak ternak kambing kena kursus?, pada hemat saya kursus tu tak perlu sangat. sebab saya kata bagitu ia-lah berapa banyak mereka yang berkursus telah menternak kambing. Kursus tu untuk dapat sijil saja , kalau buat projek dan nak buat pinjam bank nanti mereka akan tanya "ada pergi kursus tak".berternak lah secara kecil kecilan dahulu,apabila telah sesuai dan serasi bolehlah ditambah secara beransur-ansur.kekadang tak payah tambah pun sebabnya ia akan membiak dengan cepat. bidang penternakkan ini penuh dengan cabaran, ia menuntut kesabaran ,tekun dan tidak mudah jemu dan putus asa.bermacam masalah yg dihadapi seperti sakit , mati, hilang dan sebagainya. Begitu juga dengan bidang kerja yg sama setiap hari membuat kita cepat rasa jemu. hanya mereka bersemangat cekal saja boleh berjaya mengharunginya ,inshallah..

kambing betina untuk dijual

ada banyak kambing betina untuk dijual (baka katjang) untuk dijadikan induk.anggaran berat 20 kg keatas dgn harga antara Rm. 400 seekor.sesipa yg berminat sila hubungi saya di talian 013-3763285 dengan segera