Isnin, 7 April 2014

Kambing dan kehilangan MH 370

Kemana agaknya pesawat MH 370? hari ni genap sebulan kehilangannya,pening kepala juga memikirkan apa yg telah terjadi dan mengapa boleh terjadi demikian.walau bagaimana pun kita sama berdoa kehadhrat ilahi semuga di permudahkan dlm usha pencarian pesawat MH 370 tersebut. Berbalik pada kisah kambing peliharaan,sejak akhir-akhir ini bermacam masalah perlu dihadapi terutama kawasan ragutan yg agak terhad disebabakan kebanyakkan tempat ragutan ia-itu kebun-kebun getah tua telah ditebang dan di tanam semula dengan anak-anak getah baru. Kambing katjang ni memang lasak ,pantang ada lubang loloslah dia.Untuk makluman saya menternak menggunakan sistem lepas bebas tapi di pantau pergerakan nya. kambing ternakan saya dilepaskan pd. jam 2.00 ptg untuk makan di kawasan berpagar sementara menunggu untuk di lepaskan meragut bebas  dari jam 4.30 (lepas waktu asar) sehingga jam 7.00 ptg. Inilah routin harian saya tanpa jemu dan bosan. Dlm waktu tersebut sesiapa yg nak jumpa saya sila telepon kemungkinan saya berada didalam belukar mengembala kambing!. Bila banyak sangat pun bilangannya pun jadi masalah juga jadi pada 13 apr 2013 saya telah menjual sebanyak 35 ekor secara borong. Nampak sekarang dah nak bertambah semula sebab banyak kambing betina dah melahirkan anak kembar....alhamdulililah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan